Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

Ketupat Palas Mama

Penyediaan Pulut untuk Ketupat Palas

Pulut Susu 1 kilo basuh bersih2 smpai air basuhan jernih.

Toskan dalam tapis.

Masak santan dah siap perah 1 biji kelapa ke dalam periuk.
Tambah 1 sudu kecil garam dan 5 sudu makan gula.
Letak daun pandan bagi wangi.
Bila santan mendidih, terus masukkan kan pulut susu tadi dan kacau smpai melekit.

Nota: Pulut susu bersama santan tadi mestilah tidak terlalu masak (ada butiran mentah) supaya nanti bila kukus dia masak elok)
Siap.

Balut daun palas dan masukkan pulut tadi didalam nya.

Monday, 2 June 2014

Banana Fritters

Bismillahirramanirahim.

Assalamualaikum My Dearest Nuhas.

Ok, entri kali ni ditulis sebab Ummi nak memahatkan memori makan Banana Fritters yang rasenye erm..sedap bangat.
Terima kasih diucapkan kepada Kak Zirah yang sudi membelanja kami di Restoran Madam Kwan's KLCC. Memang sedap. Memang patut cuba buat sendiri di rumah.

Resepi Banana Fritters ni Ummi dapat kat kidspot kitchen.
Banyak2 resepi yang Ummi google, nampaknye yang ni 98% hampir sama dengan Banana Fritters kat Madam Kwan's tu. :)

BANANA FRITTERS

Bahan-bahan
  • Pisang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu serbuk penaik
  • 1 1/4 cawan air sejuk
  • Minyak masak untuk deep frying
  • 1/2 cawan tepug gandum (untuk dusting)
  • Gula aising 
  • Maple syrup
  • Aiskrim vanila 
Kaedah
  1. Masukkan tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Kacau bancuhan dengan air sehingga sebati dan tiada gumpalan tepung.
  2. Biarkan selama 10 minit.
  3. Potong pisang secara memanjang, tekapkan dalam tepung gandum.
  4. Kemudian, dengan menggunakan garpu, rendam ke dalam bancuhan tepung.
  5. Masukkan pisang tadi ke dalam minyak yang panas.
  6. Goreng sehingga berwarna keperangan (anggaran 2-3 minit).
  7. Angkat pisang goreng dan toskan lebihan minyak menggunakan tuala kertas.
  8. Taburkan sedikit gula ising.
  9. Hidang bersama maple syrup dan aiskrim.
Siap!
Selamat mencuba, sayang Ummi. :)

Wednesday, 15 January 2014

Recipe for Today: Lasagna

Penghujung tahun 2013 hari tu, alhamdulillah Ummi dan Abi dengan perasaan rajinnye telah menjemput adik-beradik sekampung Ummi datang bertandang ke rumah untuk jamuan supper, konon-kononnya jamuan santai hujung tahun la. Adik beradik sekampung Ummi itu ialah Mama Mila,  Mak Tam Zana dan famili, Abah Mone dan famili, dan Mak Long Mala dan famili. Rumah pusaka arwah nenek dgn atuk terletak di Lorong 1, selang 1 buah rumah ialah rumah Abah Mone. Mak Long Mala tinggal kat Lorong 4. Kita pulak tinggal kat Lorong 5. Ha, pasal tu la namanya adik beradik sekampung. :) Kebetulan 1hb Jan 2014 tu harijadi Abi. Kire-kire jamuan santai la ni. Mula-mula Ummi cadang nak beli KFC je, senang kan. Tapi tetibe Abi kate lagi elok kalau Ummi sendiri yang masak. Ala, simple-simple je..katenye..

Kebetulan 31hb tu Ummi dan Abi cuti, jadi selepas selesai urusan, Ummi dengan Abi terus pi Giant beli bahan mentah untuk jamuan supper malam nanti. Menu cadangan ialah chicken wing bakar dan goreng, lasagna, coleslaw, kentang goreng dan kek.

Seronoknye dapat masak sendiri untuk akak, abang, dan anak-anak sedara sendiri. Tapi satu je la yang tak bestnye. Makanannye cukup-cukup je. Tak dapat menikmati sepuas hati..kate mereka. Sian sian sian. Takpela, insyaAllah kalau ada rezeki, kita jamu diorang lagi lain kali ye.

Jadi entri kali ni Ummi nak berkongsi resepi lasagna. Mak Tam Zana suka sangat makan lasagna. Jadi malam tu Ummi buat lasagna memang bertujuan untuk menjamu Mak Tam Zana, malangnya tak cukup pula...tak puas Mak Tam Zana makan. Resepi  lasagna ni Ummi ambil dari blog Ana-Cahaya Cintaku. Memang sedap dan berkrim. Selamat mencuba ya, sayang! :)

LASAGNA
Sumber: Ana-Cahaya Cintaku

Bahan-bahan
  • San Remo Instant Lasagna
Sos daging

Bahan-bahan


  • 4 sudu besar minyak masak/olive oil pon boleh
  • Sos Prego 14 Oz
  • 1 tin cendawan butang
  • 400g daging cincang
  • Sedikit serbuk lada hitam dan oregano
  • 1 biji bawang besar holand dan 5 ulas bawang putih dipotong dadu
  • Keju Mozarella
  • Keju Parmesan (takde pon tak apa)
  • 1 sudu besar sos cili (tak nak letak pon tak mengapa)
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang, masak sehingga berwarna berwarna coklat muda.
  4. Tuangkan sos Prego tadi. Tuang semua sekali.Gaul sampai sebati
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan serbuk oregano.
  7. Masukkan cendawan butang.
  8. Masukkan 1 sudu besar sos cili.
  9. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
  10. Kacau rata dan tutup api.
Sos keju

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar butter
  • Keju cheddar / 2 keping keju cheesedale
  • 250ml susu full krim (kite guna susu cair 1 tin + 1 tin air sejuk, lebih berkrim..nyam)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Ambil kuali lain, panaskan. Cairkan butter dalam kuali tersebut.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga masak menggunakan api perlahan selama 2 minit.
  3. Tutup api gas, masukkan susu ke dalam kuali.
  4. Kemudian hidupkan semula api gas, kacau sehingga pekat dan licin.
  5. Masukkan keju cheddar/cheesedale.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga keju cair dan kuah pekat sedikit.
Penyediaan lasagna
  1. Panaskan oven 180C.
  2. Susun secara berlapis lasagna, inti daging dan kemudian sos keju.
  3. Ulang susunan secara bergilir sos daging, lasagna dan sos keju, lapisan terakhir mestilah lapisan sos keju (lebih kurang 3 lapisan).
  4. Taburkan parutan keju mozarella dan parmesan, bakar dalam oven selama 35-40 minit atau sehingga lasagna masak (uji dengan garpu, kalau dah masak tak melekat pada garpu). Biarkan seketika selama 5 minit sebelum hidang.

Saturday, 4 January 2014

Recipe for today: Coleslaw and Whipped Potato

Assalam dan salam sejahtera semua!

Lately ni, rasa sukarnye nak mengeluarkan buah fikiran untuk post hari-hari.

Bukanlah buah fikiran yang sangat bernas, yang agak bernas pun susah nak dikeluarkan.
:)

Walaubagaimanapun, entri kali ni aku hendak berkongsi dengan semua resepi Kentang Putar dan Coleslaw. Kebetulan awal bulan lepas, untuk hidangan makan malam, kami menjamu Kentang Putar dan Coleslaw. Dan dua minggu selepas itu sekali lagi aku buat Kentang Putar dan Coleslaw untuk Jamuan Potluck di pejabat. Betulla, 'Practice makes Perfect'.


Bila dah selalu buat sesuatu resepi, terasa macam dah jadi terer lak..(macam tak caye je), hehehe... Ok cube bayangkan, pagi masa nak buat jamuan potluck tu lebih kurang dalam pukul 6.00am, baru terhegeh-hegeh nak kupas kulit kentang, nak tebus kentang, nak potong kobis, nak lenyek kentang, nak buat gravy..tengok2.. by 7.30 am 'eh, siap jugak ek'. Tapi dapur jangan cerite la, macam tongkang nak pecah..balik keje baru sambung basuh mangkuk dan kemas dapur..cet..


Ok, sekarang tiba masanya untuk berkongsi resepi. Untuk resepi kentang putar dan gravynya aku dapat dari blog cik Irmadilondon.blogspot.com, manakala untuk resepi coleslaw pula aku rujuk pada blog Che Mat Gebu. Kedua-dua resepi memang marvellous!


RESEPI KENTANG PUTAR & GRAVY

Sumber: Fazlinil Irma Mohamed Aki

Bahan-bahan kentang putar


  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar (kite guna 1/2 tin susu cair)
  • 2-3 sudu besar butter 
  • Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Kupas kulit kentang dan potong dadu
  2. Masuk kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air secukupnya  (sehingga kentang tenggelam). Rebus kentang lebih kurang 20 minit.
  3. Angkat kentang yang sedah empuk dari dalam periuk dan toskan.
  4. Lenyek kentang. Masukkan butter.
  5. Kemudian masukkan garam dan lada hitam.
  6. Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga cukup rasanya. Fungsi susu adalah untuk melemakkan rasa kentang putar.
  7. Lenyek lagi kentang sehingga cukup lumat. Siap.

Bahan-bahan gravy

  • 650ml air
  • 1 biji bawang Holand dicincang halus
  • 1 batang saderi dicincang halus
  • 3 sudu besar serbuk stok ayam/1 1/2 stok kiub ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum (kite guna 3 sudu sahaja, supaya kuah tidak terlalu pekat)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Masak air, bawang Holand, saderi dan serbuk stok ayam sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh lagi dalam sepuluh minit. Tapis air rebusan dan masukkan kedalam mangkuk.
  2. Dalam periuk/kuali yang lain, cairkan mentega dengan menggunakan api perlahan. Setelah mentega cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga tepung tidak melekat di kuali.
  3. Tuang air rebusan tadi sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga sebati.
  5. Tambah sedikit kicap pekat sekiranya mahu kuah sedikit gelap.
  6. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sehingga mendapat kepekatan sos seperti yang dikehendaki. (Lagi lama kacau kuah akan menjadi semakin pekat)
  7. Siap.
RESEPI COLESLAW
Sumber: Che Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 1/4 kobis bulat
  • 1/2 batang lobak merah, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar, dadu halus
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Mayonnaise secukup rasa (Che Mat Gebu guna jenama Ladie's Choice, kite pon)
Cara membuatnya
  1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan.  Gaul dengan cuka makan dan gula rata-rata. Perap selama 30minit. Kemudian perah untuk buang air dan letak dalam bekas.
  2. Satukan dengan bawang dan lobak merah, gaul rata. Tambah mayonnaise secukupnya, perasakan dengan sedikit garam. Gaul rata dan simpan dalam peti ais. Hidangkan dingin. Siap. :)
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! ;)

Saturday, 14 December 2013

Recipe for Today: Pavlova

Pavlova
Sumber: irmadilondon

Bahan-bahan :


4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor (guna 3/4 cawan pon boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :


1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - gula icing pon boleh.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :


1. Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


2. Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 


Cara-cara :


1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.


2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.


3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, pukul lagi 2-3 minit. 


4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.


Tanda meringue dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 


5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 


6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 


7. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Ala-ala macam tebing. 


Kaedah membakar:


1. Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan oven 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 


2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. 

Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Kaedah menghias:


1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Petua nak memudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 


2. Bila whipping cream dah kental, masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 


3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Keluarkan bila nak mendeco.


4. Kemudian hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu lembik.


Siap!


Sorry takde kaedah bergambar. Takde kamera atau telefon canggih nak tangkap gambar. 


Tapi rasenye baca instruction pon boleh paham kan? :)

Monday, 7 October 2013

Recipe for Today: Buttered Prawn

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :)
Selamat berhujung minggu. Bestnye dapat meluruskan pinggang lame2 kat tilam kan kan kan? :)
Semalam kami sekeluarga berpeluang pergi ke Halfest, Pameran Makanan Halal Malaysia kat MIECC (Pusat Pameran Mines). Ramainye orang..syok tau pi pameran makanan ni,  pasal boleh test food for free..hehehe.. banyak tu gerai dia.. ada lebih 500 gerai, termasuk makanan, produk penjagaan diri dan macam2 lagi le..kitorang jalan punye jalan sampai tak larat nak jalan. penatnye toksah kire le..dengan melayan dua orang puteri tak reti melayu tu..si nuha tu asyik jalan sambil berangan je..si adnin tu pulak asyik nak turun jalan..bahaya woo..ramai orang, silap haribulan boleh jadi tragedi ibubapa kehilangan anak pulak..nauzubillah..
Papepon, memang best..kemudahan toilet pun bersih dan selesa.. :) tapi ada satu part yang tak best. :( Ruang solat yang sangat terhad kat G floor..orang ramai, tapi ruang solat ciput je..hopefully pihak pengurusan lebih sensitif dalam bab ni, kate pusat pameran, dah sah2 le ramai orang yang datang kan, abeh tu ruang solat tu kene le buat lebih besar dan selesa. baru la boleh dapat 5 bintang. :)
Balik tu nuha dgn adnin dua2 pengsan..bestnye....nak tumpang sekaki boleh..hehe..padahal dh ternganga mulut dalam kereta on the way balik tadi tak sedar lagi..
Kite pulak siap2 buat2 busy le siapkan dinner..kene masak le cek oi..nanti budak 2 orang tu bangun lapar cemane..walaupon dalam hati ade perasaan malas, tetap juga kite gagahkan diri memasak simple dinner untuk MyHusband dan anak2..
Menu dinner kite simple je. Nasi putih, butter prawn dan sayur buncis dan cauliflower..senangkan, setengah jam dah siap. ;) tipula tu..mcm terer nau ko masak..
Resepi butter prawn tu kite dapat dari Dapur kak Azlita Masam Manis tau..so far kite memang tetamu setia blog kak Ita..macam2 ada..best tau..
Resepi Butter Prawn ni kite nak kongsi pasal akak kesayangan kite pon suke makan mende ni. Dedolu mase kiteorang masih mude belia, kitorang kan agak rajin le jejalan kan, jadi sudah terasa la ini resepi kat satu hotel tu kat Santubong. Mase tu akak kite kursus, kite pon tumpangla sekaki. Sedap mak ai, so creamy..so yummy..pegi makan kat tempat lain kalau ade butter prawn pon, tak same sedapnye macam buttered prawn kt hotel santubong tu..susah bangat nak dapat merase buttered prawn sesedap tu.. Last skali kite terjumpe kat dapur kak Ita..alhamdulillah..Terima kasih kak Ita atas perkongsian. I lap u.. :)
Jadi, untuk tatapan kekanda ku Kekla, dan sesiapa yang tak berapa pandai memasak tu ya. hehehe..kite pon tak pandai masak. check it out this resepi oke, sangat simple dan mudah diikuti? Cuba ye,  jgn tak cube.. ;)
RESEPI BUTTERED PRAWN
Sarang Telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter/margerin
  • 1 cawan minyak masak
  1. pukul ringan kuning telur
  2. panaskan butter bersama minyak (sebaiknya guna senduk bulat)
  3. bila minyak sudah panas, pusing2kan minyak dengan senduk laju2 membentuk bulatan sehala tanpa henti. (buat pusingan lawan jam lagi bagus, ikut stail tawaf :))
  4. Sambil buat pusingan senduk pada minyak tadi, tuang kuning telur ke dalam kuali, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali halus je. tuang sampai habis.
  5. Masak sehingga telur berwarna keemasan. Angkat dan tuang ke dalam tapis santan besi untuk toskan minyak nye.
Udang
  • 12 ekor udang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng udang
  1. Udang digaul dengan garam dan lada sulah.
  2. Goreng udang sehingga warna udang berubah  dan agak masak. Jangan goreng terlalu lama, nanti udang kecut tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  3. Angkat udang dan toskan minyaknya.
  4. Keluarkan minyak dari kuali, tak nak guna dah minyak tu.
Untuk Menumis
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 6-8 tangkai cilipadi - hiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar. Rase kite susu cair lebih sedap, lebih creamy..
  • Sedikit butter/margerin untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka, tapi kite suke :)
  • Garam secukup rasa
  1. Panaskan butter dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan susu cair dan masak sebentar.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng.
  5. Masukkan sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa.
  6. Setelah semua bahan masak dan mesra, angkat dan letak dalam pinggan hidangan. Taburkan sarang telur yang kite buat mula2 tadi. SIAP :)
Sorry, takde gambar..kite takde kamera you..Takde gambar pon tak ape, insyaAllah mesti jadi punye..Selamat mencube.. :)

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com