Showing posts with label advertisement. Show all posts
Showing posts with label advertisement. Show all posts

Sunday, 5 April 2015

ODOR-X-Crystal Deodorant

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak dinafikan sesetengah orang mempunyai masalah bau badan yang agak serius.
Walaupon dah sekilo bedak diletakkan di bawah ketiak, namun bau ketiak masih tetap mengancam spesis di muka bumi ini. Hehe..
Bau kaki jugak begitu. Walaupon setiap hari tukar stoking baru yang wangi, namun habis waktu bekerja petang, bau kaki tetap mengancam kalbu.

Baru-baru ini kunjungan saya dan M ke pameran WORLD MIHAS di KL Convention Centre telah menemukan saya dengan penyelesai masalah bau badan iaitu...jeng jeng jeng...

ODOR-X
Natural Antiseptic
Crystal Deodorant

Ketika mula-mula dipromosi oleh wakil syarikat yang menjual ODOR-X ni, saya seperti tidak berminat sebab sebelum ni pon saya pernah mencuba produk seperti ini, Smelly-No-More, jadi saya fikir produk ni pon sama je. Rupa-rupanya kata puan tu, mungkin cara penggunaan saya tidak betul jadi produk itu tidak berkesan ke atas diri saya. Kata beliau fungsi bahan utama crystal deodorant ini adalah garam mineral yang ternyata berkesan menghalang pertumbuhan bakteria di kawasan yang bermasalah. Sepatutnya sekiranya kita menggunakan dengan betul, garam mineral itu mampu menghalang bakteria dari hidup.   Eh, iye ke? 
Kata beliau, cara pengunaan yang betul untuk produk crystal deodorant ialah:

1. Selepas mandi wangi-wangi, basahkan permukaan crystal deodorant dengan air.
2. Sapu crystal deodorant pada permukaan kulit yang bermasalah. Sapu beberapa kali sampai puas hati.
3. Untuk sapu ke bahagian lain yang bermasalah, basuh dahulu permukaan crystal deodorant yang telah tercemar tadi. Kemudian sapu crystal deodorant ke tempat bermasalah lain.
4. Ulang  1-3 sampai puas hati dah sapu kat semua tempat bermasalah.
5. Basuh sekali lagi crystal deodorant dengan air, dan keringkan supaya ia tahan lama. 

Peringatan di sini, kalau badan kita dah berpeluh, no point kita apply crystal Deodorant ni ek, pasal bakteria dh hidup suka-ria kat tempat bermasalah kita tu. Make sure kita pakai selepas kita mandi bersih-bersih dan wangi, oke. :)

Alhamdulillah selepas seminggu mencuba produk ODOR-X ini mengikut saranan puan tu, memang berkesan. Syabas bete!

Produk ODOR-X ni buatan Malaysia, halalan toyyiban, tanpa alkohol dan boleh didapati di farmasi terkenal seperti Guardian. Tempat-tempat lain saya tak berapa pasti pasal tak sempat nak survey.   

Jadi kesimpulan di sini, bukan salah produk tidak berkesan, tapi salah penggunaan. hik hik..

Selamat mencuba!




Tuesday, 23 September 2014

Sunsilk Perfect Straight


* ini bukan segmen tajaan :)

Pengalaman saya selama lebih suku abad sebagai seorang manusia di muka bumi ni, belum pernah lagi mengalami perasaan yg sebegini hebat ketika selepas bershampu. Diakui rambut saya bukanlah jenis yg lurus bersinar. Jadi perasaan rambut halus mengerbang ditiup angin tu tengok dalam televisyen sahaja ye, harap maklum.

Jadi  dipendekkan cerita, lepas terbaca iklan kat blog kak Pilla pasal shampu Sunsilk warna hijau (ape tah nama dia, tak ingat maaf ek, saya terus cari shampu tu mase pi shopping kat Giant. Kebetulan ade promoter Sunsilk kat situ, terus dia tawarkan saya Sunsilk Perfect Straight. Ek, lagi bagus ke? Okla, bolehla cuba. 

Ya Allah hai, sememangnye shampu Sunsilk Perfect Straight ni memang sesuai dengan biologi rambut saya. Seriously,  lepas saya shampu pada malam hari, keesokan hari nye memang dah terasa perubahan. Sikat rambut memang jadi sangat senang. Tekstur rambut jadi licin. Aih, tak tau le apa kandungannya sampai boleh jadi macam tu, tapi memang kepakaran Dr Yuki benar-benar boleh dipuji. :) 

Esoknye tu saya shampu lagi..malam tadi pon saya shampu lagi..hehehe..seronok pulak rase di hati. :)
Syukur alhamdulillah Allah gerakkan hati saya beli shampu Sunsilk Perfect Straight ni. Memang berbaloi!

Friday, 4 April 2014

Pendaftaran Tahun 1 tahun 2015 & 2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualalaikum.

How's your day recently?
Mine is very busy ok. Since no water in the house every 2 days alternately, sometimes I got no mood already to tadah the air. :) ok, broken English. Not good, not good.

Ok, berita penting untuk sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008.
Sudah boleh mendaftar untuk persekolahan darjah 1 tahun 2016. wow, cepatnye! :)

Aku dah mendaftar untuk Nuha, apa lagi jom la mendaftar beramai2.
Tarikh tutup adalah pada 30 April 2014.

Klik kat link bawah ni untuk segera ke laman web pendaftaran.
Tapi jangan lupa baca dulu TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ye.

Pendaftaran Tahun 1 2015/2016

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com